Kelas Softskills – Minggu Bahasa (Jom Belajar Bahasa Mandarin)
22 September 2018 | Aktiviti TerkiniPada 21 September 2018, Pusat Internet Melugu telah mengadakan kelas softskill iaitu Minggu Bahasa (Jom Belajar Bahasa Mandarin). Kelas ini diadakan bertujuan untuk membolehkan pelajar mengenal kosakata, tatabahasa dan sebutan perkataan dalam Bahasa Mandarin serta merangsang minat pelajar untuk mempelajari Bahasa Mandarin.
Dalam kelas ini, pelajar diminta untuk menaip Google Translate dengan menggunakan pelayar web Google Chrome. Mereka diminta untuk menetapkan Bahasa Melayu dan Bahasa Mandarin untuk menterjemah perkataan-perkataan yang akan dipelajari dengan bimbingan daripada staff PI yang mempunyai pengetahuan dalam Bahasa Mandarin. Pelajaran dimulakan dengan perkataan asas berkaitan dengan anggota badan. Pelajar turut diterangkan dengan perbezaan bunyi fonem-fonem dalam perkataan yang diterjemahkan seperti rambut, kepala, mata, hidung dan lain-lain lagi. Mereka diminta untuk mendengar bunyi audio perkataan dalam Bahasa Mandarin untuk memudahkan mereka memahami pembelajaran yang disampaikan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: